Sunday, February 16, 2014

Sambutan Tahun Baru Cina SDJO, JBDY & JBPesiba 2014




Tarikh                    : 16 Februari 2014
Tempat                   : Dewan MKMNJ, No.2-C, Jalan Yahya Awal

Sambutan Tahun Baru Cina 2014 disambut meriah dengan kehadiran ramai komuniti Pekak berbilang bangsa dan agama. Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai YPKDT dan PKMD Johor Bahru serta dirasmikan oleh Yang berbahagia Naib Yang Di-Pertua MKMNJ, Tuan Haji Mohamed @ Meraj. Anak-anak dari JBPesiba menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna. Riuhnya suara mereka, berkejar-kejaran membuatkan suasana kekeluargaan semakin dirasai. Para belia dari JBDY datang beramai-ramai bagi menghidupkan semangat setiakawan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Yee Sang, Teka Buah, Cabutan Bertuah dan sesi menikmati juadah beramai-ramai. Semua ahli yang hadir bekerjasama membuat persiapan, mempersiapkan juadah dan bergotong-royong mengemas ruang yang telah digunakan. Maka dengan itu jelaslah bahawa jiwa 1Malaysia di kalangan warga Pekak sangat tinggi. 

No comments:

Post a Comment