Sunday, March 30, 2014

KEM KEPIMPINAN PEKAK JMN 2014





 29 hingga 30 Mac 2014
Tanjung Piai Resort, Tanjung Piai, Pontian

Kem Kepimpinan ini disertai oleh peserta dari 3 buah negeri di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini adalah kesinambungan dari kem-kem yang terdahulu di Negeri Sembilan dan Melaka. Pada tahun ini giliran Johor menjadi tuan rumah dengan menyusun dan melaksanakan akitiviti berbentuk ilmiah dan terbaik bagi semua peserta. Uniknya kem kali ini, peserta juga adalah di kalangan anak-anak CODA (Child of Deaf Adults) yang bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang situasi hidup yang mereka harus jalani agar mereka terus mencapai kejayaan tanpa halangan. Kem kali ini lebih tertumpu kepada penjagaan alam sekitar terutama sekali hidupan yang menetap di kawasan paya bakau seperti di Taman Negara Tanjung Piai iaitu sebuah tapak yang diiktiraf dunia sebagai Tanah Paling Selatan Penghujung Benua Asia. Selain mengadakan aktiviti Outdoor dan bermotivasi, kem ini adalah satu cara bagi semua peserta berkongsi masalah semasa yang dihadapi oleh orang Pekak di tempat masing-masing dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bersama. Sebelum berangkat pulang ke tempat masing-masing, semua peserta melawat ke Muzium Nenas bagi mendapatkan cenderamata dan kenang-kenangan setelah berkampung di sini. Banyak perkongsian berguna telah disampaikan dan dijangka akan diadakan lagi bagi tahun-tahun seterusnya.

Saturday, March 22, 2014

KARNIVAL KERJAYA ISTIMEWA 2014



Tarikh                    : 22 Mac 2014
Tempat                   : Econsave Senai, Kulai jaya


SDJO dijemput bagi membuat penerangan mengenai budaya Pekak dan Bahasa isyarat. Selepas selesai penerangan, Kelas Khas Bahasa isyarat dijalankan yang dipimpin sendiri oleh Presiden, En. Mohd Yazid bin Bain. Selain itu, SDJO diberi sebuah ruang untuk mempromosikan barangan hasil kerja tangan warga Pekak Johor. Beberapa ahli SDJO telah datang membantu menguruskan gerai tersebut dan sebahagian lain mengambil peluang ini bagi mencari peluang pekerjaan di bahagian khusus untuk majikan yang ingin mendapatkan pekerja OKU. Banyak peluang pekerjaan dibuka dan hasilnya, beberapa orang Pekak telah diterima bekerja. Sepanjang program berjalan terdapat juga Penceramah yang dijemput khas bagi mengisi rohani iaitu Imam Muda Nazrul, perkongsian pengalaman sebagai pekerja OKU di syarikat swasta serta Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang.