Sunday, March 30, 2014

KEM KEPIMPINAN PEKAK JMN 2014





 29 hingga 30 Mac 2014
Tanjung Piai Resort, Tanjung Piai, Pontian

Kem Kepimpinan ini disertai oleh peserta dari 3 buah negeri di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Kem yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini adalah kesinambungan dari kem-kem yang terdahulu di Negeri Sembilan dan Melaka. Pada tahun ini giliran Johor menjadi tuan rumah dengan menyusun dan melaksanakan akitiviti berbentuk ilmiah dan terbaik bagi semua peserta. Uniknya kem kali ini, peserta juga adalah di kalangan anak-anak CODA (Child of Deaf Adults) yang bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang situasi hidup yang mereka harus jalani agar mereka terus mencapai kejayaan tanpa halangan. Kem kali ini lebih tertumpu kepada penjagaan alam sekitar terutama sekali hidupan yang menetap di kawasan paya bakau seperti di Taman Negara Tanjung Piai iaitu sebuah tapak yang diiktiraf dunia sebagai Tanah Paling Selatan Penghujung Benua Asia. Selain mengadakan aktiviti Outdoor dan bermotivasi, kem ini adalah satu cara bagi semua peserta berkongsi masalah semasa yang dihadapi oleh orang Pekak di tempat masing-masing dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian bersama. Sebelum berangkat pulang ke tempat masing-masing, semua peserta melawat ke Muzium Nenas bagi mendapatkan cenderamata dan kenang-kenangan setelah berkampung di sini. Banyak perkongsian berguna telah disampaikan dan dijangka akan diadakan lagi bagi tahun-tahun seterusnya.

No comments:

Post a Comment