Monday, January 20, 2014


LAWATAN KERJA UNIT PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PENGAJIAN ISLAM, 
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, BRUNEI DARUSSALAM
(20 JANUARI 2014)

Seramai  6 orang wakil dari Jab. Pengajian Islam telah berkunjung di SDJO bagi menyempurnakan lawatan rasmi (kerja) selama beberapa hari di johor. Mereka sebelum itu telah melawat beberapa buah sekolah berpendidikan khas dan integrasi bagi melihat sendiri sistem pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. 

Ketibaan mereka disambut baik oleh SDJO. Bermula dengan penerangan tentang penubuhan SDJO dan aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan. Berakhir dengan penerangan dan tujuan lawatan kerja mereka di sini. Pada sesi terakhir, delegasi dibawa melawat ke pejabat pentadbiran SDJO dan pada masa sama mereka telah membeli beberapa cenderamata hasil kerja tangan orang Pekak Johor sebagai kenangan.

Semoga dengan lawatan mereka akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dan ukhuwah sesama kita terutama sekali dari bahagian pendidikan khas. InsyaAllah..

Monday, January 6, 2014


JOHOR CAREER & POST GRADUATES
(OKU JOB FAIR 2014)
4 hingga 5 Januari 2014

Persatuan Orang Pekak Johor(SDJO) dengan kerjasama Unit Penempatan Pekerjaan OKU, Yayasan Pembangunan Keluarga darul Takzim(YPKDT) telah membuka satu booth bagi menemuduga warga Pekak yang ingin mencari pekerjaan baru atau yang bersesuaian. SDJO bertindak sebagai penasihat bagi mendapatkan pandangan untuk pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan, kemahiran dan peluang yang boleh disesuaikan dengan individu yang datang. Ada yang hadir bersama ibu bapa, bersama keluarga dan ramai juga yang bersendirian.