Sunday, February 23, 2014

SEMINAR PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU 2014


Tarikh                    : 23 Mac 2014
Tempat                   : Lotus Desaru Beach Resort

Unit Penempatan Pekerjaan OKU, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim(YPKDT) telah menjemput Persatuan Orang Pekak Johor(SDJO) untuk menghantar ahli yang berminat untuk mencari ilmu berkaitan keusahawanan di seminar ini. Program ini adalah hasil  kerjasama antara Persatuan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia dan YPKDT yang bertujuan menggalakkan golongan OKU untuk menggiatkan diri dalam perniagaan. Seminar ini lebih menjurus kepada memberi motivasi kepada OKU supaya tidak berputus asa dan mencari peluang serta bantuan yang dapat meningkatkan perniagaan golongan OKU.



Sunday, February 16, 2014

Sambutan Tahun Baru Cina SDJO, JBDY & JBPesiba 2014




Tarikh                    : 16 Februari 2014
Tempat                   : Dewan MKMNJ, No.2-C, Jalan Yahya Awal

Sambutan Tahun Baru Cina 2014 disambut meriah dengan kehadiran ramai komuniti Pekak berbilang bangsa dan agama. Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai YPKDT dan PKMD Johor Bahru serta dirasmikan oleh Yang berbahagia Naib Yang Di-Pertua MKMNJ, Tuan Haji Mohamed @ Meraj. Anak-anak dari JBPesiba menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna. Riuhnya suara mereka, berkejar-kejaran membuatkan suasana kekeluargaan semakin dirasai. Para belia dari JBDY datang beramai-ramai bagi menghidupkan semangat setiakawan. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Yee Sang, Teka Buah, Cabutan Bertuah dan sesi menikmati juadah beramai-ramai. Semua ahli yang hadir bekerjasama membuat persiapan, mempersiapkan juadah dan bergotong-royong mengemas ruang yang telah digunakan. Maka dengan itu jelaslah bahawa jiwa 1Malaysia di kalangan warga Pekak sangat tinggi. 

Saturday, February 8, 2014

REUNION SDJO 2014



Tarikh                    : 8 Februari 2014
Tempat                  : Kapten Steamboat, Bandar Baru Uda

Program ini diadakan atas permintaan ramai ahli persatuan. Reunion ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara JBPesiba, SDJO dan JBDY. Seramai 60 orang telah hadir dan bersama-sama pada hari tersebut.
Kehangatan bagi menyambut Tahun Baru Cina menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan antara semua komuniti Pekak yang hadir. Aktiviti menjamu selera diselitkan dengan cabutan bertuah dan permainan teka-teki yang dijalankan oleh ahli-ahli exco SDJO. Suasana sangat ceria dan semua hadirin pulang dengan kenangan terindah.